Saturday, 10 September 2011

CALON-CALON ISTERI PILIHAN


1. Wanita yang solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal.

LELAKI PILIHAN WANITA

1.      Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
2.      Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
3.      Berpendirian teguh
4.      Bersikap terbuka dan matang
5.      Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
6.      Mempunyai sifat kepemimpinan.
7.      Boleh berbincang dan berterus terang
8.      Penyabar
9.      Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10.  Cerdik dan bijaksana
11.  Peramah dan mesra
12.  Kerjaya yang terjamin
13.  Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat

CIRI-CIRI LELAKI PILIHAN


  • 1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
  • 3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
  • 4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
  • 5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
  • 6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
  • 7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
  • 8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
  • 9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
  • 10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
  • 11. Berhemah tinggi dan cermat
  • 12. Sentiasa tenang dan waspada
  • 13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri

3 GOLONGAN YANG LEBIH AWAL KE NERAKA

Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T.
ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.

Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.'' 

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta!" , malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.
"Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"