INDERA
– MISI KEMANUSIAAN KHAS
KUANTAN, PAHANG
HUJAN lebat yang
berterusan semenjak 2 hari yang lepas sangat menggusarkan hatinya. Hujan tanpa
henti itu mengakibatkan banyak aktiviti hariannya tergendala. Apa yang
dirancang tidak menjadi. Namun, bukan itu yang menjadi kegalauan utama hatinya.
Matanya beralih arah daripada perkarangan rumah yang mula dinaiki air ke arah
sungai yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Paras air semakin meningkat.
KEMAMAN, TERENGGANU
“JANGAN sesekali
bermain air ketika hujan.” Itu pesanan akhir ayahnya sebelum bergerak ke
pejabat yang terletak di Kuala Terengganu. Anak itu akur pada perintah ayahnya.
Dia termenung di tingkap rumahnya. Memerhatikan paras air yang semakin
meningkat di sekitar kawasan rumahnya. Mana perginya pasukan bantuan?
“Bilalah hujan ni
nak berhenti?”
Dia bertanya kepada
dirinya sendiri. Dia memerhatikan hujan
yang masih turun tak berhenti. Seolah-olah manusia yang menangis teresak-esak.
KUANTAN, PAHANG
“HMMM. Mana perginya
mereka? Rakyat sendiri tersepit, berhadapan dengan bencana alam, tapi mereka
masih tak mengambil tindakan. Atau…bantuan masih dalam perjalanan?”
Lelaki tersebut bertanya kepada dirinya sendiri. Dia
ketika ini sedang berdiri di atas bumbung sebuah rumah kedai, membiarkan
dirinya dibasahi hujan. Disebabkan hujan lebat yang semakin menggila, tiada
siapa yang menyedari kehadirannya di situ. Jarak pandangan semakin
berkurangan. Telefon pintarnya berbunyi,
dia mengeluarkan alat komunikasi canggih itu dan membaca maklumat yang baru
diterimanya.
“Mengikut
perkiraan Ma’rifah, jika keadaan begini berterusan, bandar Kuantan akan
tenggelam. Selain daripada itu, pasukan bantuan masih dalam proses mengumpulan
barang keperluan yang akan diagihkan kepada mangsa banjir. Pusat pemindahan
semakin banyak yang dibuka. Mangsa yang dipindahkan semakin bertambah. Kawasan
yang dinaiki air semakin banyak. Keadaan semakin sukar.”
Ma’rifah. Unit
pemprosesan nano yang menjadi kepada tulang belakang pertubuhan yang
dianggotainya. Komputer super yang mengandungi data mengenai semua
perkara yang wujud di dunia ini, daripada data mengenai pergerakan tektonik
kerak bumi hingga ke tarikh lahir dan kematian seseorang manusia, data yang
terkandung dalam Ma’rifah amat terperinci dan menyeluruh.
Alat telekomunikasi tanpa wayar yang dipakai pada
telinga kanannya berbunyi. Dia pantas menyentuh alat tersebut.
“Hamzah.”
“Hamzah, keadaan di Kemaman semakin teruk. Mengikut
perkiraan Ma’rifah, jika keadaan ini berterusan, Kemaman akan terputus hubungan
dalam masa beberapa hari lagi. Jika jalan ditutup untuk semua laluan dan
jambatan yang meghubungkan Kemaman runtuh, keadaan akan menjadi semakin teruk.
Bekalan air bersih, barang keperluan dan petrol semakin berkurangan. Keadaan
masih lagi terkawal, namun tak tahu berapa lama mereka mampu bertahan.
Bagaimana keadaan di Kuantan?”
“Bandar Kuantan
akan tenggelam jika hujan lebat tak berhenti dalam masa 4 hari. Bagaimana
dengan transporter yang dibina
Muhaddis, Umar?”
“Hampir siap. Perlukan sekurang-kurangnya seminggu
lagi, termasuk ujian yang akan dijalankan untuk transporter yang baru saja
disiapkan.”
“Seminggu lagi???”
“Itu tempoh paling
cepat. Selebihnya tawakkal kepada ALLAH. Kita cuma berusaha Hamzah. Dia juga
yang menentukan.”
“Harapnya mereka
mampu bertahan.”
“InshaaALLAH mereka
mampu bertahan.”
“Siapa sangka, kita
akan terlibat dalam misi yang sebegini?”
“Heh. Cara kau
bercakap, seolah-olah misi kita selama ini hanya membabitkan peperangan saja.
Kau susah nak terima misi yang kita jalankan kali ini?”
“Bukan begitu. Cuma
aku tak sangka. Lagipun, misi kita selama ini tak pernah berlaku di dalam
Malaysia. Sepatutnya, kita lebih banyak menjalankan misi menyelamat sebegini.”
“Untuk makluman kau,
Khalid yang mencadangkan misi ini kepada Norman. Proposalnya diluluskan oleh Ma’rifah.”
“Heh. Sememangnya
Khalid. Cukup peka dengan keadaan dan situasi sebegini.”
Perbualan antara dua
lelaki itu tamat di situ.
SEPERTI yang telah
dijangka, hujan lebat yang tidak berhenti selama beberapa hari mengakibatkan
banjir bertambah teruk. Bandar Kuantan
tenggelam, manakala Kemaman terputus hubungan dengan dunia luar. Pasukan
bantuan digerakkan untuk member bantuan kepada mangsa banjir. Bantuan diberikan
kepada mereka yang berada di pusat pemindahan. Mereka yang terperangkap di
dalam banjir diselamatkan oleh pasukan penyelamat.
Sukarelawan baik daripada NGO dan juga kerajaan
digerakkan untuk membantu. Malah tabung bantuan mangsa banjir turut diwujudkan.
Kini, mereka semua mengharapkan perkara yang sama. Amat berharap, berdoa dan
meminta kepada tuhan semoga hujan lebat yang tidak henti selama beberapa hari
berhenti dan juga banjir surut dengan segera.
KUANTAN, PAHANG
BAIZURA termenung
jauh memerhatikan perkarangan pusat pemindahan yang menjadi tempat penginapannya semenjak 2
hari yang lalu. Perkara yang paling dibimbanginya akhirnya berlaku. Aras banjir
naik secara mendadak, sehingga menenggelamkan rumahnya. Semua ahli keluarganya
dipindahkan ke salah satu pusat pemindahan yang dibuka. Hujan lebat yang tiada
henti semenjak beberapa hari yang lalu tambah meresahkan hati. Sampai bila
keadaan ini akan berterusan?
Tiba-tiba, matanya
menangkap sesuatu yang sama sekali di luar jangkaan. Sesuatu terbang melintas
di hadapannya. Walaupun kelajuan objek itu amat tinggi dan melintas di
hadapannya sepintas lalu, namun dia amat pasti yang dia tidak tersalah pandang.
Iron Man?
KEMAMAN, TERENGGANU
PUSAT pemindahan itu
dipenuhi manusia dari pelbagai bangsa dan agama. Mereka saling membantu, tabah
menghadapi ujian dan dugaan yang menimpa. Aiman ketika ini sedang berbaring.
Hatinya galau. Masih tiada khabar berita daripada ayahnya yang terperangkap di
Bandar Kemaman.
“Ayah...harapnya
ayah tak apa-apa.”
Unit SAA tersebut bergerak pantas membelah
udara. Setelah beberapa ketika terbang, SAA
itu sampai ke destinasi.
“002, telah sampai
ke destinasi.”
Unit 002 tersebut
terapung di ruang udara Bandar Kemaman yang terputus hubungan dengan dunia
luar.
Bersabarlah wahai penduduk Kemaman. Penderitaan kalian akan berakhir
tak lama lagi.
Muncul maklmuman
pada skrin pelindung mukanya.
Unit 003 telah sampai ke Kuantan. Sekarang yang tinggal hanya Fateh.
Unit 004 yang
dipandu Fateh terbang laju membelah udara. Fateh menggunakan fungsi Fascinating Five untuk membolehkan unit
004 terbang dengan kelajuan 5 kali ganda kelajuan asal, membolehkannya sampai
ke tempat yang dituju dengan lebih cepat. Selang setengah jam, dia tiba di
destinasi.
PALESTIN
Fateh mengurangkan
ketinggiannya dan berlegar-legar di sekitar ruang udara Palestin. Muncul peta
kecil pada skrin pelindung mukanya, yang memaparkan titik merah.
Di situ?
Dia mengubah arah
penerbangannya menuju ke titik merah yang berada di atas peta. Dia mendarat di
atas sebuah bukit. Tidak jauh dari tempat dia mendarat, terdapat sebuah
lubang berdiameter 10 meter. Dia
mencapai gelung titanium yang berada di belakang badannya lalu mencampakkan
gelung tersebut ke dalam lubang tersebut. Lubang tersebut tertutup dengan
sendirinya.
“Fateh, telah sampai
ke tangki simpanan utama. Transporter terakhir
telah ditempatkan.” Dia memaklumkan.
“Bagus Fateh.
Aktifkan semua transporter sekarang.”
Kedengaran arahan
baru untuknya.
“Baik. Aktifkan transporter.”
Arahan
yang sama turut diberikan kepada Hamzah
yang berada di Bandar Kuantan dan Umar yang berada di Bandar Kemaman.
Fateh mengaktifan penujah kakinya dan terbang meninggalkan bukit
tersebut, menuju ke destinasinya yang selanjutnya.
PALESTIN
Fateh mengurangkan
ketinggiannya secara berperingkat-peringkat. Sebaik sahaja ketinggiannya hanya
beberapa meter daripada permukaan tanah, dia mematikan penujah kakinya dan
mendarat.
Dia disambut oleh ahli Celestial Protectors yang berada di situ. Dia meluncur ke arah
sebuah alat yang menyerupai keranda yang ditegakkan dan memasuki alat tersebut
dan alat tersebut tertutup secara automatik. Asap tersembur keluar dari
beberapa bahagian alat tersebut dan pintunya terbuka semula. Fateh yang kini
berpakaian ahli Celestial Protectors berpangkat Celestial
Legendary Knight melangkah keluar dari alat tersebut.
“Selamat datang,
Tuan Fateh.” Ketua kumpulan pejuang yang menyambutnya memberikan tabik hormat.
“Turun tabik. Tak
perlu panggil saya tuan. Sekadar Fateh sudah mencukupi.” Fateh menyatakan
pandangannya.
“Bagaimana persiapan?”dia
bertanya lagi.
“Semuanya sudah siap
tuan. Paip saliran telah dibina dari tangki simpanan utama dan disalurkan ke
setiap kawasan penempatan penduduk Palestin. Tangki simpanan juga berfungsi
menjana elektrik yang akan digunakan oleh semua penduduk Palestin. Pencawang
elektrik juga sudah siap dibina.”
“Begitu.
Perkembangan lain?”
Mereka berdua
berbual sambil berjalan meninjau kawasan tersebut, diiringi oleh beberapa ahli Celestial Protectors yang lain.
“Pergerakan Biological Identification Wall juga
berjalan mengikut perancangan. Bahan pembinaan, ubat-ubatan, bekalan makanan
dan keperluan asas semuanya dihantar mengikut
jadual yang telah ditetapkan. Ladang tanaman penduduk Palestin juga menunjukkan
hasil yang amat memberangsangkan.
Pembinaan semula juga tiada sebarang masalah.”
“Alhamdulillah.
Usaha keras kita selama ini mula menampakkan hasil.”
“Alhamdulillah. Maafkan
saya tuan, boleh saya bertanya sesuatu?”
“Jangan panggil saya
tuan. Panggil saja Fateh. Apa dia?”
“Dari mana datangnya
sumber air untuk memenuhkan tangki simpanan utama dan menjana tenaga elektrik?”
“Heh. Soalan yang menarik. Sumber air itu datangnya daripada kawasan yang dilanda bencana alam seperti tsunami dan juga banjir dari tempat di serata pelusuk dunia.”
“Heh. Soalan yang menarik. Sumber air itu datangnya daripada kawasan yang dilanda bencana alam seperti tsunami dan juga banjir dari tempat di serata pelusuk dunia.”
“Air banjir dan air
laut?? Bukankah air sedemikian tak selamat untuk digunakan oleh manusia? Tuan,
bukankah itu dikira menganiaya umat Palestin??”
Fateh hanya
tersenyum.
“Nampaknya, kamu dah
terbiasa memanggil orang atasan kamu dengan panggilan “tuan” ya? Jangan risau,
kami tak sekejam itu. Transporter adalah
satu rekaan unik.”
“Rekaan unik? Maksud
tuan?”
“Heh. Transporter bukan saja berfungsi sebagai
pemindah. Alat itu juga mempunyai fungsi lain. Ciptaan Muhaddis kali ini
mengandungi satu sistem penapisan yang menggunakan teknologi terkini kita. Setiap
liter air yang melalui transporter
akan ditapis secara teliti, molekul demi molekul untuk menjadikannya air
bersih. Jadi, air yang dipindahkan dari seluruh dunia akan ditapis dengan
teliti sebelum disimpan di tangki simpanan utama. Air yang terhasil dari proses
tapisan ini merupakan antara air terbersih di dunia, kedua selepas air zam zam.
Air ini juga boleh diminum secara terus.”
Kumpulan tersebut
menghampiri sebatang pili air. Fateh membuka pili air tersebut, menadah air
yang mengalir keluar menggunakan tangan kanannya. Tindakan
Fateh tersebut hanya diperhatikan oleh semua ahli Celestial Protectors dan juga rakyat Palestin yang berada di
sekitar kawasan tersebut. Sebaik sahaja air memenuhi tapak tangan kanannya, dia
terus sahaja meneguk air itu tanpa sebarang rasa risau dan curiga.
“Alhamdulillah.”
Dia menyatakan puji
dan syukur kepada ALLAH sambil membuat isyarat thumbs up kepada semua yang berada di sekitar kawasan tersebut
sebaik sahaja selesai meneguk air yang berada dalam tapak tangan kanannya . Bergema
kalimah takbir dan tahmid memuji ALLAH Yang Maha Esa.
MALAYSIA
“Ini berita yang
baru sahaja kami terima. Aras air di Bandar Kuantan yang tenggelam dan Bandar Kemaman
yang terputus hubungan diakibatkan banjir dilaporkan menurun secara mendadak. Walaupun tidak diketahui puncanya, namun
fenomena ajaib ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kemunculan semula objek
menyerupai Iron Man yang selama in
hangat diperkatakan. Siasatan lanjut masih dijalankan untuk...”
Siaran berita
tersebut dipadamkan. Dia hanya tersenyum. Lelaki itu kemudiannya berpaling,
melangkah mahu meninggalkan bilik kawalan tersebut.
“Khalid, bagaimana
dengan tindakan susulan?”
“Serahkan kepada
Norman. Masanya semakin hampir untuk kita membuat kemunculan semula.”
“Baik.” Ahli yang bertanya sebentar tadi memberikan tabik hormat kepada lelaki yang bernama
Khalid itu. Dia membalas tabik hormat tersebut, sebelum melangkah meninggalkan
bilik kawalan itu.
Perjuangan mereka
masih belum selesai. Bahkan, perjuangan mereka baru sahaja bermula.
No comments:
Post a Comment